Final Family!

                                  

Followers

Thursday, January 19, 2012

Synodontis Aterrima


Assalamualaikum..hehehe..petang ni akhirnya terjawab persoalan malam tadi..tadi ku pergi balik kedai aquarium tu dan lepas close look kat ikan ni,ku perasan ni BUKAN corydoras family! patut la cari dalam group corydoras xjumpa species nie..

ikan ini sebenarnya dari family Synodontis dan perbezaan dengan family Corydoras yang mampu dilihat dengan mata kasar adalah kelakuan dan cara bergaul dengan ikan lain..

Family Synodontis lebih suka bergerak di dinding cermin daripada berada di lantai akuarium dan berbanding dengan Corydoras,ikan ini memerlukan tempat untuk bersembunyi kerana diorang nocturnal,keluar malam2..

untuk ikan ini, Synodontis Aterrima, harga yang boleh dibeli ialah RM3.00 - RM6.00..ku beli dengan harga RM4.00..

Corydoras ................ ?


Bantuan diperlukan..hehehe..nie Corydoras jenis ape? hehehe..serious cari dalam list xjumpa..kih3 :p
maknanya malam nie ku xblh tido la..kena cari sampai jumpa kalau x tidur xlena mandi xbasah..hehehe

Makanan Ikan ( Tubifex Worm )

Assalamualaikum..hehehe..korg suka makan cacing x? hehehe gurau je..entry kali nie sebenarnya nak cakap pasal cacing yang dikenali sebagai Tubifex Worm..

selalunya yang kita dapat lihat pada makanan ikan adalah Tubeflex Worm yang telah dikeringkan kan? tapi ni cacing hidup yang kita xboleh nak pegang..dilarang pegang takut kena jangkitan..

pemberian diet cacing hidup ni tidak boleh diamalkan selalu,cuma sebagai makanan special ala2 kenduri kahwin..hehehe..semua ini disebabkan cacing ini mengandungi bakteria yang boleh mengotorkan air dan menyebarkan penyakit berjangkit..

actually, x semua ikan akuarium dapat menerima diet tubifex worm yang masih hidup ni..sekarang ni pemberian diet ni baru dicuba pada ikan :
    • Corydoras
  • Tiger Barb
    • Rosy Barb
  • Zebra Danios
    • Plecostomus
nanti ku testing kat ikan lain ye :) hehehe xbela lagi ikan lain so xtau apa effect dia.. :p

Wednesday, January 18, 2012

Kelebihan membela Corydoras

Assalamualaikum..hehehe malam nie update lagi sekali..tapi buat seketika nak tutup jap kisah Tiger Barb..nak cerita bab ikan yang comel ni..ikan yang membuatkan ku rasa patah hati... T_T hehehe..

actually,ku nak beli Corydoras Ephippifer..tapi auntie tu xnak jual sebab dia cakap yg tu display,stock baru xsampai lagi..so ape blh buat, ku pun beli la Corydoras Paleatus..selamat ada yang albino..

ok..bela ikan nie ada banyak kelebihan..antaranya air xcepat kotor..sebab ikan ni makan saki baki makanan yang dah jatuh atas lantai akuarium..

harga ikan ni agak murah,untuk corydoras yang biasa,harga adalah RM1.00 hingga RM3.00..dan ikan ni lebih dikenali dengan nama Cory Catfish ataupun ikan tikus..

Kenali Tiger Barb & Rosy Barb ( Puntius )

Assalamualaikum..hehehe..malam ni ku nak luang masa sebanyak yang boleh untuk blog ikan ni..hehehe boleh kan? :)

Ok..ikan peliharaan terbaru ku adalah ikan dari family Minnow dan dari genus Puntius..nak tau ikan apa? ikan nie namanya Tiger Barb dan Rosy Barb..bukan auntie rosy tau :p

Untuk memudahkan korg kenal dan bezakan ikan barb ini..sila gunakan panduan gambar di bawah..



A : Yellow / Gold Tiger Barb
B : Regular Tiger Barb
C : Green Tiger Barb
D : Rosy Barb


tu je kowt untuk kali nie..insyaallah nanti ku tambah entry lagi ye pasal family barb ni..nak tangkap gambar dulu..hehehe..

Tuesday, January 17, 2012

Cara selamat melepaskan ikan dalam akuarium.

Assalamualaikum..hehehe..minggu ni agak menimbulkan tekanan perasaan..hehehe semua nie sebab air akuarium yang baru banyak sangat ammonia..habis ikan gapi clamp tail..hehehe..

ok..hehehe..hari nie punya entry cuma nak terangkan teknik release ikan yang baru dibeli..teknik nie cuma boleh dipakai jika ikan yang dibeli tu dibeli di kedai yang air akuariumnya diketahui bersih dan tiada penyakit berjangkit.

1. Letakkan plastic bag yang masih berisi oxygen dan ikan di dalam air akuarium.

2. Tunggu 15 - 20minit untuk stabilkan suhu air akuarium dan air dalam plastik.

3. Buka ikatan plastik dan biarkan plastik tersebut dalam keadaan melintang dan separa tenggelam untuk menstabilkan perubahan pH air.

4. Biarkan ikan berenang keluar dengan sendiri dari plastik ke dalam akuarium."


 penggunaan teknik ini dapat membantu kurangkan stress pada ikan..eh? ikan pun ada stress ka? hehehe of course la..stress kowt kena tangkap pakai jaring..kih3..tu je kowt..nanti ku update lagi ye :)

Saturday, January 14, 2012

Makanan ikan gapi ( Daphnia / Kutu air )

Assalamualaikum.. hehehe..pagi ni cuma nak update pasal makanan ikan gapi..semalam makanan baru telah di"introduce"kan kepada gapi-gapi dalam akuarium dapur..laju je diorg makan..hehehe..

ok..makanan nie digelar "kutu air",sejenis krustasea kecil yang amat sedap dimakan bak kata guppy..hehehe..tetapi jangan salah sangka, kutu air bukanlah seekor serangga dan bukannya parasite yang membahayakan gapi.

kutu air boleh diberikan kepada gapi dalam jumlah yang banyak sekaligus tetapi ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan.
  • tutup pam dan filter supaya kutu air tidak tersedut kedalam kapas filter
  • diet kutu air tidak boleh diberikan selalu,seelok-eloknya dua minggu sekali.
  • tukar 50% air sehari selepas memasukkan kutu air dalam akuarium.
  • masukkan methylene blue sebanyak satu cup lebih kurang 5jam sebelum penukaran air.
 hehehe..tu je kowt..nanti ku update lagi k :)

Wednesday, January 11, 2012

Rawatan untuk penyakit Fungal Fin Rot pada ikan gapi.

Assalamualaikum..hehehe..ku sebenarnya baru balik dari Kuala Ketil..serious mengantuk driving kereta auto..huhu.. :)

hmm..entry kali nie cuma nak beri peringatan kepada pembela ikan gapi,awasi penyakit fungal fin rot dimana warna ekor dan bahagian badan gapi hilang warna.

sebagai rujukan,sila lihat gambar di sebelah..treatment untuk penyakit ini adalah quarantine dan gunakan ubat methylene blue dengan cara menitikkan pada cotton bud dan layerkan pada ekor yg berpenyakit.

yang penting,untuk mengelakkan penyebaran penyakit ini,pastikan kualiti air ditahap yang baik dan ikan tidak tertekan dengan environment atau suasana dalam akuarium..hehehe tu je kowt..nanti ku update lain ye :)

Saturday, January 7, 2012

Fish Stock Query January 2012.

Assalamualaikum..hehehe..malam ni ku nak buat entry ringkas je sebab sekarang pun dah nak pukul 3 pagi..entry kali nie cuma nak declare harta ataupun dengan nama lain nak buat query stock ikan kat rumah..hehehe..

Guppy : 198 ekor

Zebra Danio : 7 ekor

Japanese Carp : 5 ekor

Tiger Bard : 16 ekor

Rosy Barb : 3 ekor

Red-Eye Angel Fish :  - deceased -

Plecostomus : 6 ekor

hehehe..jgn tanya kenapa ikan angel fish ku mati..hehehe..serious rasa bersalah..hehehe..terlepas batu hiasan kat dia..sape suruh dia xnak mengelak..kan3? hehehe..

tu je kowt..nanti ku update lagi ye..tengah tunggu kelahiran anak gapi generasi ke-5..hehehe..doakan mereka dilahirkan cute2 ye.. :)

Thursday, January 5, 2012

Albino Bristlenose Plecostomus

Assalamualaikum..hehehe..first sekali ku nak minta maaf sebab lama xupdate blog ikan ni..sebenarnya tengah sibuk dengan blog lain terutamanya blog Final Hope dan Final Freebies..

ok..hehehe..petang ni ku nak update pasal ikan bandaran atau nama scientificnya Plecostomus..bula lepas dah pernah sebut pasal ikan species nie..di entry Hypostomus Plecostomus..

hehehe..tadi baru beli ikan plecos baru.. Albino Bristlenose Plecostomus..comel kan..ikan nie mudah sahaja kalau nak bezakan dengan ikan bandaran yang lain..ikan nie ada rambut..hehehe..xpercaya? refer gambar sebelah..hehehe..

ok..Albino Bristlenose Plecostomus nie sangat rajin berbanding ikan bandaran yang lain tetapi untuk penggemar ikan yang suka melihat ikan dari pandangan sisi..jangan beli ikan nie sebab ikan nie xsuka duduk kat dasar..dia melekap kat dinding..tido pun kat dinding kowt T_T..hehehe..

Sebagai rujukan,ikan bristlenose plecostomus nie walaupun jauh lebih mahal, sebenarnya panjangnya lebih pendek dari ikan plecostomus / bandaran yang lain..berikut adalah gambar Albino Bristlenose Plecostomus dari pandangan atas dan bawah.



Monday, December 12, 2011

Hypostomus Plecostomus

Assalamualaikum..hehehe..sorry lama xupdate..hari nie nak kena cpt sebab ada entry tengah tunggu di blog Final Hope , Final Shot dan juga Final Freebies..semua tengah tunggu utk dipublish..hehe..

ok2..hehehe..hari nie ku beli ikan untuk satu lagi akuarium 1.5" ..mungkin harga ikan ini berbeza dengan tempat anda. cuba dapatkan retail price daripada beberapa kedai yang boleh dipercayai k. :)

  • 8 ekor ikan gapi (F) = RM0.50/ekor
  • 4 ekor ikan gapi (M - Delta Tail) = RM3.80/ekor
  • 1 ekor 3cm boa-skinned plecostomus (F) = RM8.80/ekor
ok2...semua orang familiar dengan ikan gapi kan? dan dah diterangkan dalam entry nie tentang keunikan ikan gapi Delta Tail..jadi kali ini entry tentang ikan bandaran / bandaraya / municipal / plecostomus.

" Plecostomus is also a synonym of the genus Hypostomus and the genus Loricariichthys. Pleco is a common name for fish from the family Loricariidae."

hmm..sekarang ku berjaya mengumpulkan sebanyak 5 ekor dari 4 species yang berlainan..


 Spotted Pleco ( 1 ekor - 5cm )
Akuarium Ruang Tamu - 2"



Boa-Skinned Pleco ( 1 ekor - 3cm )
Akuarium Bilik Tidur - 1.5"


Albino Pleco ( 2 ekor - 2cm & 3cm )
Akuarium Dapur - 1.5"


~ sorry xde gambar air xtukar lagi akuarium luar :p ~
Common Pleco ( 1 ekor - 6cm )
Akuarium Luar - 3"
hehehe..tu je kowt untuk kali nie..nanti bila berkesempatan ku akan update lagi k..

Current Fish Stock Query :
  • Guppy                      = 187 ekor
  • Zebra Danios           = 11 ekor
  • Plecostomus             = 5 ekor
  • Japanese Carp          = 5 ekor
  • Red-eye Angel Fish = 1 ekor

Wednesday, December 7, 2011

Perhiasan akuarium untuk anak gapi


Assalamualaikum dan selamat petang kepada non-muslim. First sekali ku nak minta maaf lama xupdate sebab agak kekurangan masa.. Ok...hehehe..perhiasan akuarium..seelok-eloknya kena sesimple yang boleh sebab kita nak tengok ikan tu berenang kan..bagi ruang untuk mereka membesar :)

hehehe.. tu je kowt utk hari nie..serious letih..nie rupa anak ikan gapi dalam pelbagai peringkat umur dan yang paling penting..diorg sangat la manja! :)

Friday, November 18, 2011

Penyakit bongkok!

Asssalamualaikum...hehehe maafkan ku lama tak update blog ni..busy dengan blog yang lain dan juga hal-hal yang tidak dapat dielakkan. :)

malam nie cuma nak tegaskan kepentingan penjagaan level air..

lihat gambar disebelah..ini adalah effect ikan gapi dibiarkan dalam ruang yang terlalu sempit atau terlalu cetek.. dah tak comel kan? nie penyakit bengkok tulang belakang ataupun penyakit bongkok yang berisiko untuk membawa kematian kepada ikan anda..



Ni ikan gapi ku, terlupa nak tambah air dalam bekas breeding ikan ni dan disebabkan cuaca terlalu panas, paras air menurun dengan mendadak..my mistake...cuma perlu beringat supaya tak ulangi lagi..

Sunday, October 30, 2011

Mari tengok ikan gapi korg jenis ape...

Guppy...gapi..dan juga dipanggil ikan pelangi oleh sesetengah orang..melalu kajian dan pemerhatian oleh Ku sendiri, kebanyakan kedai gapi di Kedah akan memilih gapi jenis

  • Veil Tail
  • Lyre - Tail
  • Round - Tail
  • Fan - Tail

untuk dijual kerana mudah untuk ditemui dan diternak..

gapi termahal adalah dari jenis Triangular atau Delta - Tail kerana ekornya yang besar sehingga boleh mencapai 2kali ganda saiz badannya..hampir impossible untuk diternak sendiri di rumah..

kebanyakkan anak gapi yang dibela dengan suhu yang naik turun akan jatuh di kategori :
  • Round - Tail
  • Pointed / Spear Tail
  • Pin - Tail

In memory...

Aaaaa!!! T_T..
hehehe..entry emo sekejap :)
gapi nie dah bersama dengan ku dah dekat 6 bulan dan yang pasti..the best guppy in town..hehehe..

dia nie mati kelmarin disebabkan pendarahan yang teruk sebab dilibas oleh ekor ikan bandaran yang terkejut dengan tak ada warning..zuppp...kena libas sampai terlanggar kat batu besar yang ada dalam akuarium..

sebaik je terantuk..dia cuba bangun tetapi gagal T_T...berpusing2 dalam air..dan akhirnya mati.........
in memory of :



anyway..guppy nie adalah dari type Delta dan merupakan original guppy dan bukannya klon seperti kebanyakan species snakeskin guppy...cantik kan bintik2 badan dia...dah mati dah T_T......

Yellowstone / Royal Guppy..dapatkan sekarang!

Haaa.....ta daaaa....nie la ikan gapi yang dikenali sebagai yellowstone guppy ataupun royal guppy di Malaysia..species ini adalah yang paling jarang ditemui dan juga yang paling sukar dijaga..

Ku jumpa sekor je kat kedai tu..tu pun tauke kedai tu letak dia sekor je dalam akuarium..jika korg ke Alor Setar,singgahlah di Swimy Fish,Jalan Tembok Tulang..insyaallah kalau bernasib baik ada la ikan species nie..tiada jaminan dari pihak blogger :)

Ok..back to topic..Keistimewaan badan ikan gapi ni adalah :

  • Sirip dorsal (atas) berwarna putih dan panjang berbeza dengan sirip dorsal gapi lain yang pendek
 
    • Sirip pectoral (tepi) lutsinar dan lebih kuat dari species gapi lain.
     
      • Sirip pelvic (bawah) berwarna kuning terang dan akan bertompok hitam apabila diserang penyakit.
       
        • Sirip kaudal (ekor) berwarna kuning dan berhujung putih.Seriously lebar.
         
            • Satu2nya ikan gapi yang boleh buat pergerakan sideway ( berenang ketepi ) dari hujung akuarium sehingga hujung yang lagi satu..
             
              • Ikan gapi yang mampu menukar arah dengan laju disebabkan kekuatan sirip pectoralnya..
               
                • Ikan gapi yang membenci warna selain warnanya dan warna merah..
                 
                  • Ikan gapi yang hanya akan mengandungkan gapi betina berekor kuning..jika diletakkan bersama gapi betina berlainan warna ekor,insyaallah mati la betina tu..
                   
                    • Ikan gapi yang agak "kurang ajar"..jangan diletakkan bersama ikan lain seperti Angel Fish kerana gapi ini adalah satu2nya gapi yang berani bunuh ikan lain..terrorist betul T_T..

                     susah kan nak bela? berbaloi.....cuma harganya pun special.. RM8 dan boleh mencecah rm14 seekor..tapi..yang paling penting sewaktu pemilihan ikan ni..jangan tertipu dengan helah tauke kedai..

                    Yellowstone Guppy xsama dengan Yellow Guppy..
                    Yellow Guppy juga berwarna kuning dan berdorsal panjang..
                    ekornya juga boleh menjadi warna kuning dan putih seperti Yellowstone Guppy apabila sakit..

                    Perbezaan mereka terletak dibahagian mulut gapi..Yellowstone guppy mempunyai tanda "W" seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas.Yellow guppy xade ye :)

                    Tuesday, October 4, 2011

                    Pilih elok-elok ikan yang korg nak beli..

                    Aiyookk...hehehe..ini zebra danios..dalam entry ini akan disebut nama mereka..budget..budget..tentang duit memang pening especially semasa baru nak bela atau beli ikan..fuh..pening! hehehe..

                    first sekali yang paling penting masa nak beli ikan adalah tetapkan hati dan fikir masak semasaknya ikan apa yang nak dibeli dan dibela..step nie sangat la penting..ini akan menentukan ikan yang korg bela hidup atau mati..

                    haaa...dah pilih ikan? mesti yang comel-comel kan? hehehe..kenalpasti tahap keagresifan ikan yang dipilih...hehehe betul ke term keagresifan tu? harap betul la..dalam dunia nie ada 3 tahap..

                    • baik dan comel
                    • semi agresif 
                    • agresif

                    sebagai contoh..ikan gapi adalah ikan yang baik dan comel..antara characteristic atau  tingkah laku ikan yang baik dan comel adalah berenang dengan lemah lembut dan bukannya penggigit ekor ikan lain..

                    ikan-ikan nie tidak sepatutnya dicampur dengan ikan yang bertaraf lain..ku tau sebab ku dah cuba..nampak tak ikan gapi kat belakang tu? dah mati dah :)









                    contoh ikan yang semi agresif adalah ikan Angel Fish..dikenali sebagai pembawa derita kepada ikan-ikan yang kecil kerana mereka suka menggigit ekor ikan lain..ikan yang bakal mati apabila dicampur dengan ikan sebegini ialah ikan gapi, ikan zebra danios..

                    yup..zebra danios..satu-satunya cara untuk mengurangkan kadar kematian jika dicampurkan juga adalah mencampurkan mereka ketika Angel Fish masih kecil.

                    kebanyakan ikan yang agresif adalah ikan yang besar..antaranya adalah kap / koi jepun dan kelisa..never attempt untuk campur ikan-ikan semi agresif dan yang baik hati kecuali betul-betul tahu tentang keserasian mereka..

                    Tuesday, September 27, 2011

                    Cara penjagaan anak gapi

                    Alhamdulillah..
                    sekarang anak gapi dah kembali mencapai jumlah yang memberangsangkan.
                    204..manually counted seekor demi seekor...hehehe..ingat senang ke..

                    teknik pengiraan anak gapi adalah semasa salin/ tukar air..gunakan cup kecil untuk scoop anak gapi tersebut.

                    untuk akuarium anak gapi..

                    • jangan pasang pam..biarkan tanpa bantuan oksigen..


                      nie gambar anak gapi ku sebelum diorang mati beramai-ramai..punca kematian adalah disebabkan putaran air..air bergerak terlalu laju sehingga diorang terpusing-pusing.
                    • jangan letak batu atau hiasan di lantai akuarium..sangat menyusahkan apabila ada anak gapi dan sisa makanan terlekat di bawah.

                      refer pada gambar diatas...sebab bila gerakkan batu-batu hiasan tu,baru keluar keledak dan kotoran yang terlalu banyak.
                    • jangan letak ibu/bapa gapi a.k.a gapi dewasa..


                      memang cantik kan bila letak ibu gapi bersama anak-anak gapi..tapi jangan lupa..selepas beranak,ibu gapi suka makan anak gapi walaupun diberi makanan lain..

                      fakta terdahulu mengatakan ibu gapi hanya makan anak gapi jika dibiarkan kelaparan..ku tak percaya sebab ibu gapi tu makan anak gapi depan ku..walaupun diberi makan..

                      seperti ikan lain..gapi merupakan ikan yang amat suka tukar menu makanan..micro pellet,bloodworm,brine shrimp,tubifex worm dan.... anak gapi?


                      senang cakap biar kosong je..

                      makanan anak gapi yang paling baik ialah telur kuning..
                      telur yang direbus tu cubitkan sedikit telur kuning dan titiskan air ke atas telur tersebut,hancurkan seperti nestum dan beri anak gapi makan.

                    Ikan gapi mudah mati!

                    Yup..seperti tajuk entry..ikan gapi ialah species ikan yang mudah mati di tangan pembela beginner.
                    sebabnya mudah sahaja.

                    • Oksigen terlalu kuat.
                      ikan gapi ialah species ikan yang boleh dikatakan mampu hidup di dalam parit atau longkang dan mampu bertahan tanpa sebarang bantuan oksigen.

                      Pam yang terlalu kuat akan menyebabkan putaran air yang terlalu pantas dan gapi akan mudah tertekan dan "bunuh diri" disebabkan kepenatan.

                      Ikan gapi suka berhenti berenang dan berehat,jadi putaran air yang terlalu kuat akan memaksa gapi sentiasa berenang dan keletihan sehingga menemui ajalnya :D
                    • Selalu tepuk / ketuk tangan di cermin akuarium pada peringkat awal ikan dilepaskan.
                      aiyooo...hehehe..gapi mudah terkejut..elakkan dari mengetuk atau menepuk cermin dalam seminggu selepas gapi dilepaskan di dalam akuarium.

                      selalunya perkara ini berlaku apabila anak kecil atau lebih merbahaya jika anak saudara ada berhampiran akuarium..sebab kalau anak sendiri kita boleh tegur..anak adik beradik..hmm..tahan je la sabar dan berdoa banyak-banyak ikan tidak sakit jantung :)
                    • Selalu seluk menggunakan tangan atau jaring untuk mengeluarkan ikan mati.
                      orang tua-tua selalu cakap..ikan tak suka air tangan..sebenarnya,bukan air tangan yang ikan takut,gapi sebenarnya sangat sensitif dengan perubahan kuantiti garam terutama garam dari peluh kita.

                      untuk mengeluarkan ikan mati,beli penyepit halus khas untuk ikan.Di Jitra,Kedah ada dijual dengan harga RM7.90 dan di Pulau Pinang ada dijual dengan harga RM10.

                    overfeeding? jangan risau la.ikan gapi jarang mati sebab beri makan terlalu banyak..cuma jangan sehingga kualiti air terjejas.

                    dan garam yang dijual di kedai yang dikatakan baik untuk ikan gapi tu,hmm..bagi ku tak perlu sebab ikan gapi yang ku bela dalam akuarium tiada garam tu,masih hidup sihat waalfiat..dah nak masuk banyak bulan dah tu :)

                    Teknik penyediaan / Setting up akuarium baru.

                    Alhamdulillah petang ini ku baru je menghabiskan RM15 untuk membeli satu lagi akuarium bersaiz 1.5"..

                    selalunya bila kita beli akuarium baru, ini yang kita lakukan

                    1. Basuh bahagian dalam dan bahagian luar akuarium supaya bersih.

                    2. Isi air dan masukkan anti-chlorine.

                    3. Masukkan hiasan dalam akuarium

                    4. Tapis air ikan dan masukkan ikan di dalam air tersebut.

                    5. Buka pam udara dan beri makan ikan tersebut.

                    teknik ini adalah SALAH!

                    teknik penyediaan atau set up akuarium yang baru dibeli adalah :

                    1. Jangan buka bungkusan ikan.Biarkan oksigen berada dalam bungkusan tersebut.

                    2. Basuh bahagian dalam dan bahagian luar akuarium supaya bersih.

                    3. Isi air dan masukkan anti-chlorine.

                    4. Masukkan hiasan dalam akuarium

                    5. Letakkan bungkusan ikan tersebut di dalam air akuarium tersebut dan biarkan selama lebih kurang 15minit untuk stabilkan suhu air. Kegagalan untuk berbuat sebegini akan menambahkan tekanan pada ikan dan boleh menyebabkan ikan mati.

                    6.Terus masukkan ikan di dalam air tersebut tanpa menapis air ikan tersebut kerana air akuarium di kedai ikan telah dimasukkan ubat anti-ich dan sebagainya untuk menyihatkan badan ikan.

                    7. Tunggu 5minit untuk ikan betul-betul stabil dan hilang mabuk perjalanan. Selepas itu baru dibuka pam oksigen.

                    8. Beri makan mengikut had. Sebaiknya beri makanan mengikut jumlah yang boleh dihabiskan kurang dari 3 minit untuk mengelakkan kualiti air terjejas dan pastikan kesemua ikan mendapat makanan.