Final Family!

                                  

Followers

Sunday, October 30, 2011

Yellowstone / Royal Guppy..dapatkan sekarang!

Haaa.....ta daaaa....nie la ikan gapi yang dikenali sebagai yellowstone guppy ataupun royal guppy di Malaysia..species ini adalah yang paling jarang ditemui dan juga yang paling sukar dijaga..

Ku jumpa sekor je kat kedai tu..tu pun tauke kedai tu letak dia sekor je dalam akuarium..jika korg ke Alor Setar,singgahlah di Swimy Fish,Jalan Tembok Tulang..insyaallah kalau bernasib baik ada la ikan species nie..tiada jaminan dari pihak blogger :)

Ok..back to topic..Keistimewaan badan ikan gapi ni adalah :

  • Sirip dorsal (atas) berwarna putih dan panjang berbeza dengan sirip dorsal gapi lain yang pendek
 
    • Sirip pectoral (tepi) lutsinar dan lebih kuat dari species gapi lain.
     
      • Sirip pelvic (bawah) berwarna kuning terang dan akan bertompok hitam apabila diserang penyakit.
       
        • Sirip kaudal (ekor) berwarna kuning dan berhujung putih.Seriously lebar.
         
            • Satu2nya ikan gapi yang boleh buat pergerakan sideway ( berenang ketepi ) dari hujung akuarium sehingga hujung yang lagi satu..
             
              • Ikan gapi yang mampu menukar arah dengan laju disebabkan kekuatan sirip pectoralnya..
               
                • Ikan gapi yang membenci warna selain warnanya dan warna merah..
                 
                  • Ikan gapi yang hanya akan mengandungkan gapi betina berekor kuning..jika diletakkan bersama gapi betina berlainan warna ekor,insyaallah mati la betina tu..
                   
                    • Ikan gapi yang agak "kurang ajar"..jangan diletakkan bersama ikan lain seperti Angel Fish kerana gapi ini adalah satu2nya gapi yang berani bunuh ikan lain..terrorist betul T_T..

                     susah kan nak bela? berbaloi.....cuma harganya pun special.. RM8 dan boleh mencecah rm14 seekor..tapi..yang paling penting sewaktu pemilihan ikan ni..jangan tertipu dengan helah tauke kedai..

                    Yellowstone Guppy xsama dengan Yellow Guppy..
                    Yellow Guppy juga berwarna kuning dan berdorsal panjang..
                    ekornya juga boleh menjadi warna kuning dan putih seperti Yellowstone Guppy apabila sakit..

                    Perbezaan mereka terletak dibahagian mulut gapi..Yellowstone guppy mempunyai tanda "W" seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas.Yellow guppy xade ye :)

                    No comments: