Final Family!

                                  

Followers

Tuesday, September 27, 2011

Teknik penyediaan / Setting up akuarium baru.

Alhamdulillah petang ini ku baru je menghabiskan RM15 untuk membeli satu lagi akuarium bersaiz 1.5"..

selalunya bila kita beli akuarium baru, ini yang kita lakukan

1. Basuh bahagian dalam dan bahagian luar akuarium supaya bersih.

2. Isi air dan masukkan anti-chlorine.

3. Masukkan hiasan dalam akuarium

4. Tapis air ikan dan masukkan ikan di dalam air tersebut.

5. Buka pam udara dan beri makan ikan tersebut.

teknik ini adalah SALAH!

teknik penyediaan atau set up akuarium yang baru dibeli adalah :

1. Jangan buka bungkusan ikan.Biarkan oksigen berada dalam bungkusan tersebut.

2. Basuh bahagian dalam dan bahagian luar akuarium supaya bersih.

3. Isi air dan masukkan anti-chlorine.

4. Masukkan hiasan dalam akuarium

5. Letakkan bungkusan ikan tersebut di dalam air akuarium tersebut dan biarkan selama lebih kurang 15minit untuk stabilkan suhu air. Kegagalan untuk berbuat sebegini akan menambahkan tekanan pada ikan dan boleh menyebabkan ikan mati.

6.Terus masukkan ikan di dalam air tersebut tanpa menapis air ikan tersebut kerana air akuarium di kedai ikan telah dimasukkan ubat anti-ich dan sebagainya untuk menyihatkan badan ikan.

7. Tunggu 5minit untuk ikan betul-betul stabil dan hilang mabuk perjalanan. Selepas itu baru dibuka pam oksigen.

8. Beri makan mengikut had. Sebaiknya beri makanan mengikut jumlah yang boleh dihabiskan kurang dari 3 minit untuk mengelakkan kualiti air terjejas dan pastikan kesemua ikan mendapat makanan.

No comments: