Final Family!

                                  

Followers

Tuesday, September 27, 2011

Cara penjagaan anak gapi

Alhamdulillah..
sekarang anak gapi dah kembali mencapai jumlah yang memberangsangkan.
204..manually counted seekor demi seekor...hehehe..ingat senang ke..

teknik pengiraan anak gapi adalah semasa salin/ tukar air..gunakan cup kecil untuk scoop anak gapi tersebut.

untuk akuarium anak gapi..

  • jangan pasang pam..biarkan tanpa bantuan oksigen..


    nie gambar anak gapi ku sebelum diorang mati beramai-ramai..punca kematian adalah disebabkan putaran air..air bergerak terlalu laju sehingga diorang terpusing-pusing.
  • jangan letak batu atau hiasan di lantai akuarium..sangat menyusahkan apabila ada anak gapi dan sisa makanan terlekat di bawah.

    refer pada gambar diatas...sebab bila gerakkan batu-batu hiasan tu,baru keluar keledak dan kotoran yang terlalu banyak.
  • jangan letak ibu/bapa gapi a.k.a gapi dewasa..


    memang cantik kan bila letak ibu gapi bersama anak-anak gapi..tapi jangan lupa..selepas beranak,ibu gapi suka makan anak gapi walaupun diberi makanan lain..

    fakta terdahulu mengatakan ibu gapi hanya makan anak gapi jika dibiarkan kelaparan..ku tak percaya sebab ibu gapi tu makan anak gapi depan ku..walaupun diberi makan..

    seperti ikan lain..gapi merupakan ikan yang amat suka tukar menu makanan..micro pellet,bloodworm,brine shrimp,tubifex worm dan.... anak gapi?


    senang cakap biar kosong je..

    makanan anak gapi yang paling baik ialah telur kuning..
    telur yang direbus tu cubitkan sedikit telur kuning dan titiskan air ke atas telur tersebut,hancurkan seperti nestum dan beri anak gapi makan.

Ikan gapi mudah mati!

Yup..seperti tajuk entry..ikan gapi ialah species ikan yang mudah mati di tangan pembela beginner.
sebabnya mudah sahaja.

  • Oksigen terlalu kuat.
    ikan gapi ialah species ikan yang boleh dikatakan mampu hidup di dalam parit atau longkang dan mampu bertahan tanpa sebarang bantuan oksigen.

    Pam yang terlalu kuat akan menyebabkan putaran air yang terlalu pantas dan gapi akan mudah tertekan dan "bunuh diri" disebabkan kepenatan.

    Ikan gapi suka berhenti berenang dan berehat,jadi putaran air yang terlalu kuat akan memaksa gapi sentiasa berenang dan keletihan sehingga menemui ajalnya :D
  • Selalu tepuk / ketuk tangan di cermin akuarium pada peringkat awal ikan dilepaskan.
    aiyooo...hehehe..gapi mudah terkejut..elakkan dari mengetuk atau menepuk cermin dalam seminggu selepas gapi dilepaskan di dalam akuarium.

    selalunya perkara ini berlaku apabila anak kecil atau lebih merbahaya jika anak saudara ada berhampiran akuarium..sebab kalau anak sendiri kita boleh tegur..anak adik beradik..hmm..tahan je la sabar dan berdoa banyak-banyak ikan tidak sakit jantung :)
  • Selalu seluk menggunakan tangan atau jaring untuk mengeluarkan ikan mati.
    orang tua-tua selalu cakap..ikan tak suka air tangan..sebenarnya,bukan air tangan yang ikan takut,gapi sebenarnya sangat sensitif dengan perubahan kuantiti garam terutama garam dari peluh kita.

    untuk mengeluarkan ikan mati,beli penyepit halus khas untuk ikan.Di Jitra,Kedah ada dijual dengan harga RM7.90 dan di Pulau Pinang ada dijual dengan harga RM10.

overfeeding? jangan risau la.ikan gapi jarang mati sebab beri makan terlalu banyak..cuma jangan sehingga kualiti air terjejas.

dan garam yang dijual di kedai yang dikatakan baik untuk ikan gapi tu,hmm..bagi ku tak perlu sebab ikan gapi yang ku bela dalam akuarium tiada garam tu,masih hidup sihat waalfiat..dah nak masuk banyak bulan dah tu :)