Final Family!

                                  

Followers

Sunday, October 30, 2011

Mari tengok ikan gapi korg jenis ape...

Guppy...gapi..dan juga dipanggil ikan pelangi oleh sesetengah orang..melalu kajian dan pemerhatian oleh Ku sendiri, kebanyakan kedai gapi di Kedah akan memilih gapi jenis

  • Veil Tail
  • Lyre - Tail
  • Round - Tail
  • Fan - Tail

untuk dijual kerana mudah untuk ditemui dan diternak..

gapi termahal adalah dari jenis Triangular atau Delta - Tail kerana ekornya yang besar sehingga boleh mencapai 2kali ganda saiz badannya..hampir impossible untuk diternak sendiri di rumah..

kebanyakkan anak gapi yang dibela dengan suhu yang naik turun akan jatuh di kategori :
  • Round - Tail
  • Pointed / Spear Tail
  • Pin - Tail

In memory...

Aaaaa!!! T_T..
hehehe..entry emo sekejap :)
gapi nie dah bersama dengan ku dah dekat 6 bulan dan yang pasti..the best guppy in town..hehehe..

dia nie mati kelmarin disebabkan pendarahan yang teruk sebab dilibas oleh ekor ikan bandaran yang terkejut dengan tak ada warning..zuppp...kena libas sampai terlanggar kat batu besar yang ada dalam akuarium..

sebaik je terantuk..dia cuba bangun tetapi gagal T_T...berpusing2 dalam air..dan akhirnya mati.........
in memory of :



anyway..guppy nie adalah dari type Delta dan merupakan original guppy dan bukannya klon seperti kebanyakan species snakeskin guppy...cantik kan bintik2 badan dia...dah mati dah T_T......

Yellowstone / Royal Guppy..dapatkan sekarang!

Haaa.....ta daaaa....nie la ikan gapi yang dikenali sebagai yellowstone guppy ataupun royal guppy di Malaysia..species ini adalah yang paling jarang ditemui dan juga yang paling sukar dijaga..

Ku jumpa sekor je kat kedai tu..tu pun tauke kedai tu letak dia sekor je dalam akuarium..jika korg ke Alor Setar,singgahlah di Swimy Fish,Jalan Tembok Tulang..insyaallah kalau bernasib baik ada la ikan species nie..tiada jaminan dari pihak blogger :)

Ok..back to topic..Keistimewaan badan ikan gapi ni adalah :

  • Sirip dorsal (atas) berwarna putih dan panjang berbeza dengan sirip dorsal gapi lain yang pendek
 
    • Sirip pectoral (tepi) lutsinar dan lebih kuat dari species gapi lain.
     
      • Sirip pelvic (bawah) berwarna kuning terang dan akan bertompok hitam apabila diserang penyakit.
       
        • Sirip kaudal (ekor) berwarna kuning dan berhujung putih.Seriously lebar.
         
            • Satu2nya ikan gapi yang boleh buat pergerakan sideway ( berenang ketepi ) dari hujung akuarium sehingga hujung yang lagi satu..
             
              • Ikan gapi yang mampu menukar arah dengan laju disebabkan kekuatan sirip pectoralnya..
               
                • Ikan gapi yang membenci warna selain warnanya dan warna merah..
                 
                  • Ikan gapi yang hanya akan mengandungkan gapi betina berekor kuning..jika diletakkan bersama gapi betina berlainan warna ekor,insyaallah mati la betina tu..
                   
                    • Ikan gapi yang agak "kurang ajar"..jangan diletakkan bersama ikan lain seperti Angel Fish kerana gapi ini adalah satu2nya gapi yang berani bunuh ikan lain..terrorist betul T_T..

                     susah kan nak bela? berbaloi.....cuma harganya pun special.. RM8 dan boleh mencecah rm14 seekor..tapi..yang paling penting sewaktu pemilihan ikan ni..jangan tertipu dengan helah tauke kedai..

                    Yellowstone Guppy xsama dengan Yellow Guppy..
                    Yellow Guppy juga berwarna kuning dan berdorsal panjang..
                    ekornya juga boleh menjadi warna kuning dan putih seperti Yellowstone Guppy apabila sakit..

                    Perbezaan mereka terletak dibahagian mulut gapi..Yellowstone guppy mempunyai tanda "W" seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas.Yellow guppy xade ye :)

                    Tuesday, October 4, 2011

                    Pilih elok-elok ikan yang korg nak beli..

                    Aiyookk...hehehe..ini zebra danios..dalam entry ini akan disebut nama mereka..budget..budget..tentang duit memang pening especially semasa baru nak bela atau beli ikan..fuh..pening! hehehe..

                    first sekali yang paling penting masa nak beli ikan adalah tetapkan hati dan fikir masak semasaknya ikan apa yang nak dibeli dan dibela..step nie sangat la penting..ini akan menentukan ikan yang korg bela hidup atau mati..

                    haaa...dah pilih ikan? mesti yang comel-comel kan? hehehe..kenalpasti tahap keagresifan ikan yang dipilih...hehehe betul ke term keagresifan tu? harap betul la..dalam dunia nie ada 3 tahap..

                    • baik dan comel
                    • semi agresif 
                    • agresif

                    sebagai contoh..ikan gapi adalah ikan yang baik dan comel..antara characteristic atau  tingkah laku ikan yang baik dan comel adalah berenang dengan lemah lembut dan bukannya penggigit ekor ikan lain..

                    ikan-ikan nie tidak sepatutnya dicampur dengan ikan yang bertaraf lain..ku tau sebab ku dah cuba..nampak tak ikan gapi kat belakang tu? dah mati dah :)









                    contoh ikan yang semi agresif adalah ikan Angel Fish..dikenali sebagai pembawa derita kepada ikan-ikan yang kecil kerana mereka suka menggigit ekor ikan lain..ikan yang bakal mati apabila dicampur dengan ikan sebegini ialah ikan gapi, ikan zebra danios..

                    yup..zebra danios..satu-satunya cara untuk mengurangkan kadar kematian jika dicampurkan juga adalah mencampurkan mereka ketika Angel Fish masih kecil.

                    kebanyakan ikan yang agresif adalah ikan yang besar..antaranya adalah kap / koi jepun dan kelisa..never attempt untuk campur ikan-ikan semi agresif dan yang baik hati kecuali betul-betul tahu tentang keserasian mereka..